Saturday, May 18, 2013

My Art1







Antara hasil kerja saya yang saya buat dari rumah. Sebenarnya tujuan entri kali ini adalah untuk memenuhi permintaan salah satu majikan saya yang ingin memastikan bahawa saya pernah melakukan kerja-kerja seumpama ini. Jadi dengan ini saya ingin mempamerkan antara hasil saya kepada mereka









Friday, May 3, 2013

Kita dan Politik.

Kisah Politik semasa negara kita menjadi trending popular carian di internet sejak sebelum pembubaran parlimen lagi, dan ia semakin mencanak naik tatkala kita semakin menghampiri tarikh proses pembuangan undi.

Saya bukanlah penulis blog politik, cuma sebagai pengguna internet kita pasti akan perasan cerita2 berkaitanpolitik sangathangat diperkatakan.  Belum tolak campur (?) segala fitnah dan provokasi yang begitu hebat melanda negara kita berbanding PRU yang sebelum ini.

Sehinggakan makcik pakcik yang duduk tersorok jauh dikampung pedalaman turut terkena tempiasnya. Apapun sebagai penghuni negara berdaulat ini saya sentiasa mendoakan keamanan negara kita berpanjangan dan siapapun pemerintahnya biarlah segala kebaikan itu tersalur melalui landasan yang benar kepada seluruh rakyat penghuni Bumi Malaysia.






Kalau perpaduan yang cuba disampaikan melalui gambar diatas pasti banyak kelebihan yang dapat dimiliki rakyat. Kalaupun berlainan pegangan akhirnya moga kebaikannya juga berbalik semula kepada rakyat.

Selamat mengundi PRU 13

Wednesday, May 1, 2013

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger.

Haaaa, ini lagi satu keseronokan dalam berblog. Berblog juga salah satu medium kerja dari rumah. Ini kerana anda akan dapat menyertai beberapa pertandingan-pertandingan yang dianjurkan khas kepada blogger.

Anda yang mempunyai blog atau apa jua medium penulisan online bolehlah mengunjungi blog seorang doktor ni yang ada menyediakan hadiah lumayan untuk blogger2 di luar sana. Sebenarnya kerana blog ini juga salah satu sebab terbukanya hati saya untuk mengikuti program Kerja Dari Rumah yang disediakan oleh Pihak JDR.

Saya juga sangat tertarik hati dengan sepotong ayat daripada sorang penulis blog yang saya dah tak ingat dapat dari mana. Katanya jika setelah anda mengikuti program in tapi anda tidak berjaya yakinlah rezeki anda bukan di sana.

Tapi alhamdulillah setakat ini saya telah berjaya sedikit, nanti saya uploadkan pic daripada akaun paypal selepas pembayaran berjaya kerana 'majikan' saya telah mengesahkan pembayaran tetapi bank yang saya daftarkan memerlukan sekuran2nya 3 hari masa bekerja untuk approve' pembayaran tersebut.


Hari Pekerja Sedunia

Esok merupakan hari yang menggambarkan kewujudan pekerja di seluruh dunia adalah dihargai. Tidak kira apa bidang kerja anda sedarlah setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab paling tidak pun kepada diri sendiri.





      Sempena hari pekerja esok, marilah kita sama-sama meluangkan masa yang berharga itu untuk melakukan apa sahaja perkara yang kita sukai samada untuk diri sendiri, keluarga mahupun negara seperti berkempen? Maklumlah tinggal beberapa hari sahaja sebelum kita bersama-sama menunaikan tanggungjawab kita kepada negara.

     Sebenarnya bulan Mei tahun ini aa banyak sambutan selain daripada hari pekerja. Apapun mari kita tumpukan sepenuh ketenangan yang bakal kita hadapi menjelang hari pekerja kerana hari pekerja bukan saja cuti dan disambut di negara kita malah ia merupakan cuti umum bagi seluruh pekerja di dunia.

   Selamat Hari Pekerja.


Tuesday, April 30, 2013

Kerja Dari Rumah Pertama

Haaaa ini part yang paling best. Selepas anda mempromosikan resume dan proposal anda di laman web yang disediakan oleh Job Dari Rumah, majikan yang berminat akan menghubungi anda. Ini adalah tugasan pertama yang berjaya diterima oleh saya selang 2 hari selepas melengkapkan profile/resume dalam salah satu pakej web yang diberikan Job Dari Rumah. Majikan akan menghubungi anda melalui inboks' web tersebut ataupun email. Anda bolehlah menghantar sebarang soalan atau sekadar menghubungi mereka menggunakan medium yang sama. Apa yang tertera pada gambar di bawah adalah mesej yang saya terima daripada majikan pertama saya. Nama dan butir-butir yang dirahsiakan telah saya highlight kerana ia adalah peribadi. Maaf. Ia serupa dengan inboks biasa pada media sosial lain sebenarnya seperti FB dan yang bermacam2 lagi tu.




Saturday, April 27, 2013

Kerja Dari Rumah PART 3 ( Mula Membida )

Kerja Dari Rumah PART 1 ( Mendaftar Dengan JDR )

Kerja Dari Rumah PART 2 ( Pengesahan JDR)



Hari kedua selepas mendaftar di JDR, saya habiskan dengan meneliti setiap panduan yang disenaraikan oleh pihak JDR. berdasarkan pendapat peribadi saya sebenarnya pekerjaan dari rumah ini sudah lama bertapak di negara barat. Malah dalam setiap komuniti yang berinteraksi dan berhubung kait dalam setiap laman web yang disediakan oleh pihak JDR menunjukkan bahawa ia telah lama beroperasi meskipun masih kelihatan janggal dinegara kita. Sebab itu lah syarat asas untuk anda mengikuti program ini mestilah tahu asas Bahasa Pak cik - Pak cik Mat Salleh itu.

Masih kekok dan kacau bilau, namun selepas menghabiskan beberapa jam berharga dihujung minggu ini akhirnya saya berjaya membuat beberapa kesimpulan yang seharusnya anda sebagai bakal pekerja dari rumah lakukan terlebih dahulu agar lebih mudah perjalanan proses mencari kerja ini.

1) Sediakan Resume anda yang lengkap.
2) Tentukan fokus pada bidang kerja yang ingin anda sertai.
3) Pastikan kemahiran anda yang utama. Dah namapun bidang kerja online sudah Semestinya setiap kemahiran yang bersangkut paut dengan komputer adalah diperlukan. berikut beberapa contoh kemahiran yang diperlukan.