Wednesday, August 8, 2012

PENGHUNI BUMI SEBELUM NABI ADAM





Ini bukan tulisan sebenar penulis, Cuma penulis sangat tertarik dengan kisah ini, sebab tu lah rasa nak kongsi dengan korang. Kalau ada yang lebih berpengetahuan dapatlah berkongsi2 pendapat dan memperbetulkan yang mana salah. Sesungguhnya ilmu itu sangat luas,rasa tak termampu nak menguasai semuanya kan.. baiklah jom kita baca kisah ini yang penulis dapat daripada SUMBER ini.

Ibnu Abbas ra mengatakan, “Setelah Allah menyempurnakan penciptaan langit dan bumi dengan segala sifatnya, gunung-gunung telah ditegakkan, angin telah dilepaskan, di bumi telah ada binatang-binatang liar dan bermacam-macam burung, maka buah-buahan mengering dan berjatuhan ke bumi dan di bumi tumbuh rumput-rumput yang satu sama lain saling memerlukan.Pada masa itu, bumi mengadukan persoalan tersebut kepada Tuhannya. Atas pengaduan itu, Allah menciptakan umat yang beraneka ragam dan berlainan jenis, yang diberi nama Jin.

Mereka mempunyai jiwa dan aktiviti. Lalu mereka bertebaran seperti debu halus kerana jumlah mereka yang sangat banyak. Tanah datar, pergunungan, dan berbagai pelosok dunia telah dipenuhi oleh mereka. Mereka tinggal permukaan bumi dalam jangka waktu yang dikehendaki oleh Allah. Di antara mereka ada yang putih, hitam, merah, kuning, berbintik-bintik kecil dan besar,  pekak, buta, cantik, buruk, kuat, lemah, perempuan, dan lelaki. Satu sama lain berkahwin dan melahirkan keturunan. Mereka disebut Jin kerana mereka kabur, tidak kelihatan.

Sunday, August 5, 2012

Restoran Melayu Islam VS Kedai Mamak Muslim


                                                         Gambar Sekadar Hiasan

Sempena bulan puasa ni,. Korang puasa tak? Hee. Mestilah puasakan,. Lagipun korang semua pun dah dewasa dan dah tahu maknanya puasa bagi kita orang muslim. Selamat berpuasa.

Eh apsal pulak nak ucap selamat berpuasa ditengah2 bulan ramadhan ni? Ala.. boleh je kan,. Tapi bukan itu sebenarnya yang kita nak bincang hari ni. Korang perasan tak sempena bulan puasa ni, semua kedai makan melayu ( kecuali yang ingkar) akan ditutup sehinggalah selepas waktu asar.

PEMASANGAN KAMERA PERANGKAP HAD LAJU




PDRM sudah memasang sistem baru  untuk mengesan kelajuan kenderaan yang melebihi had laju pada suatu tempat. Pemasangan kamera sistem baru  ini sebenarnya membawa kebaikan kepada kita semua, namun sebagai rakyat yang bertanggungjawab, pastinya kita perlu sentiasa berhati-hati di jalan raya tanpa mengira tempat itu ada kamera perangkap had laju ataupun tidak.kannn.
Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM: