Wednesday, December 19, 2012

Kawan –Kawan Dalam Hidup Kita


Kalau korang sedang berangan2 untuk hidup sorang2, x bminat bkomunikasi dengan sesiapa, mahu berada di dunia sunyi tanpa suara post ini x sesuai untuk bahan bacaan.

Bagi yang tahu erti kawan mari kita sembang kawan2 dalm hidup kita. Kalau korang sedar kawan2 yang banyak ada sekarang ni bermula dari kitaran kita belajar sehingga bekerja. Tapi ada juga jiran yang akhirnya jadi kawan baik kita, tapi di kawasan perumahan yang rumahnya sentiasa bertutup sudah semestinya kawan dari sekolah dan alam kerja lagi ramai.


1 ) Kawan Sekolah Rendah.
 Kawan kita zaman kanak-kanak ni selalunya kawan2 yang akan kita terpahat lama dalam memori kita. Kenapa? Sebab kawan2 kita pada zaman ini banyak kisa suka dan kegembiraan yang kita kongsi sama2. Melainkan korang bergaul dengan pembuli, tapi biasanya aksi buli kawan2 zaman ini tidak banyak yang kita simpan sangat kerana kanak2 tidak menyimpan dendam. Oleh itu korang yang masih kanak2 kumpullah kawan yang ramai pada masa ini. Korang yang ada anak2 galakkan lah mereka bergaul ketika ini dengan dipantau.

Wednesday, August 8, 2012

PENGHUNI BUMI SEBELUM NABI ADAM





Ini bukan tulisan sebenar penulis, Cuma penulis sangat tertarik dengan kisah ini, sebab tu lah rasa nak kongsi dengan korang. Kalau ada yang lebih berpengetahuan dapatlah berkongsi2 pendapat dan memperbetulkan yang mana salah. Sesungguhnya ilmu itu sangat luas,rasa tak termampu nak menguasai semuanya kan.. baiklah jom kita baca kisah ini yang penulis dapat daripada SUMBER ini.

Ibnu Abbas ra mengatakan, “Setelah Allah menyempurnakan penciptaan langit dan bumi dengan segala sifatnya, gunung-gunung telah ditegakkan, angin telah dilepaskan, di bumi telah ada binatang-binatang liar dan bermacam-macam burung, maka buah-buahan mengering dan berjatuhan ke bumi dan di bumi tumbuh rumput-rumput yang satu sama lain saling memerlukan.Pada masa itu, bumi mengadukan persoalan tersebut kepada Tuhannya. Atas pengaduan itu, Allah menciptakan umat yang beraneka ragam dan berlainan jenis, yang diberi nama Jin.

Mereka mempunyai jiwa dan aktiviti. Lalu mereka bertebaran seperti debu halus kerana jumlah mereka yang sangat banyak. Tanah datar, pergunungan, dan berbagai pelosok dunia telah dipenuhi oleh mereka. Mereka tinggal permukaan bumi dalam jangka waktu yang dikehendaki oleh Allah. Di antara mereka ada yang putih, hitam, merah, kuning, berbintik-bintik kecil dan besar,  pekak, buta, cantik, buruk, kuat, lemah, perempuan, dan lelaki. Satu sama lain berkahwin dan melahirkan keturunan. Mereka disebut Jin kerana mereka kabur, tidak kelihatan.

Sunday, August 5, 2012

Restoran Melayu Islam VS Kedai Mamak Muslim


                                                         Gambar Sekadar Hiasan

Sempena bulan puasa ni,. Korang puasa tak? Hee. Mestilah puasakan,. Lagipun korang semua pun dah dewasa dan dah tahu maknanya puasa bagi kita orang muslim. Selamat berpuasa.

Eh apsal pulak nak ucap selamat berpuasa ditengah2 bulan ramadhan ni? Ala.. boleh je kan,. Tapi bukan itu sebenarnya yang kita nak bincang hari ni. Korang perasan tak sempena bulan puasa ni, semua kedai makan melayu ( kecuali yang ingkar) akan ditutup sehinggalah selepas waktu asar.

PEMASANGAN KAMERA PERANGKAP HAD LAJU




PDRM sudah memasang sistem baru  untuk mengesan kelajuan kenderaan yang melebihi had laju pada suatu tempat. Pemasangan kamera sistem baru  ini sebenarnya membawa kebaikan kepada kita semua, namun sebagai rakyat yang bertanggungjawab, pastinya kita perlu sentiasa berhati-hati di jalan raya tanpa mengira tempat itu ada kamera perangkap had laju ataupun tidak.kannn.
Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:

Sunday, July 29, 2012

kembar Siam Muaimin Azli dan Muaiman Azli







Rasa nak juga sentuh kisah pembedahan kembar siam Muamin Azli dan Muaiman azli yang berjaya dilakukan oleh pakar bedah kita pada hari ini. Melihat mereka sahaja hati kita pasti tersentuh dan sebak mengucap syukur kerana mereka Berjaya dipisahkan dengan selamat.

Kembar ini Berjaya dipisahkan  pada 14 Julai 2012 yang lalu oleh 19 pakar bedah di HKL dibantu oleh 36 jururawat. Besar sungguh jasa yang mereka kepada pasangan ini kan.

Apa yang memilukan hati penulis dari sudut kecil rumah berkunci ini, salah seorang daripada mereka hanya akan memiliki 1 kaki sahaja memandangkan hanya tiga sahaja organ itu yang terbentuk ketika mereka dilahirkan. Ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya kan..

Tuesday, July 24, 2012

Dropshipper




Haa., Kali ini meh kita sambung lagi cerita yang berkaitan aktiviti beli-belahsecara online.hehehe. Tapi kita tengok dari pihak penjual pula. Kot2 ada antara korang yang tersangat ketagih mencuci mata sampai tak tau nak pilih yang mana satu, tapi budget pula lari sikit. Ataupun korang memang kaki bisnes, tengok sudut mana pun nampak bisnes. Tengok makanan dah fikir mesti untung kalau jual ni, tengok barang-barang yang berlambak dlaam pasaran online,'kenapa tidak korang join juga buat duit?'. kan kan.Geliga betul korang ni.

Sekarang ni, ramai yang suka menjadi peniaga separuh/sepenuh masa menggunakan konsep dropship. Kenapa dropship? eh apakah dropship itu? Meh kita bincang sama-sama k. Dropship ni satu teknik perniagaan terkini, jika korang nak jadi penjual, korang tak perlu pun simpan stok. Tak perlu beli stok,tak perlu kuar duit.Eh logik ke?

Ya memang betul. kecuali jika ada pembekal yang korang pilih mengenakan yuran penyertaan sebagai bukti yang korang ni serius untuk berniaga, bukan sesaje nak buang masa dia jawab soalan panjang dari korang. Bukan ke dia ada banyak kerja lain lagi yang perlu dia buat.

Sunday, July 22, 2012

Selamat Berpuasa



Hari ini hari kedua kita berpuasa. Selamat berpuasa kepada semua umat islam, semoga ramdhan 2012 membawa lebih banyak kebaikan kepada kita semua. Jangan lupa bersahur supaya kita masih ada tenaga sementara menunggu tibanya masa berbuka nanti.


Friday, July 20, 2012

Panduan Membeli Barangan Secara Online




Topik ini saya buka berdasarkan minat saya terhadap barang-barang yang banyak terdapat di dalam talian. Tahukah kita membeli barang dalam talian atau secara online dapat member banyak penjimatan. Kenapa? Baiklah, saya senaraikan serba sedikit nanti korang tambah jika ada yang tertinggal.
1)Paling penting ni, sudah tentu minyak kereta
2) Duit tol ( huhu )
3) Masa ( ni boleh dikira darimula kita bersiap, perjalanan pergi, masuk keluar dari kedai-kedai ( tak jumpa2, kena jalanlah pula), lagi? perjalanan balik lah.
Apa lagi kelebihan membeli barang dalam talian ni? Korang tahu tak banyak barang yang dijual secra online lebih murah. Ya bukan semua, ada juga yang jual harga lebih tinggi, kebanyakannya adalah Droshipper . Kenapa lebih murah? Ini kerana mereka tidak perlu cover harga barang untuk membayar sewa kedai. Tapi korang kena pandai cari pembekal yang menjual secara terus, bukannya mereka yang bergelar dropshipper ini. Pembekal Barangan Murah. Mereka Cuma perlu sewa Domain je seperti Wordpress, malah ada yang free jika menjadikan blogspot atau facebook sebagai laman jualan utama.
Oleh itu korang kenalah cari pembekal barangan yang murah dengan cara rajin-rajinlah buat perbandingan dari setiap laman web yang berbeza. Dah dapat pembekal yang murah? Korang boleh pilih barangan yang hendak dibeli.
Langkah paling penting yang seterusnya korang kenalah buat pembayaran. Pembayaran ini korang boleh buat secara transfer ataupun pergi deposit kat mana-mana cawangan bank yang dipilih oleh penjual. Dah namanya nak senang, beli barang pun online, saya biasanya menggunakan kaedah transfer online juga.
Sebelum nak buat pembayaran korang kenalah memastikan bahawa laman web yang korang pilih tu betul wujud atau penjualnya jujur. Macam mana nak tahu penjual tu jujur? Muka pun x pernah jumpa.hee, biasanya saya akan lihat berdasarkan maklum balas pelanggan-pelanggan sebelumnya. Jika ramai yang buat feedback barang mereka dah sampai, baru saya akan buat transaksi.
Memang ada juga penjual yang jujur walaupun baru sejam set up laman web mereka, tapi setakat ini saya belum yakin berurusan dengan penjual yang belum ada pelanggan yang memberikan feedback tentang urusniaga dengan penjual tersebut.

Wednesday, July 18, 2012

Si Kecil Mesti Disayangi




Hargailah Mereka

Hari ini terbaca kisah seorang ibu yang mempunyai seorang anak angkat tetapi bayi tersebut mengalami penyakit jantung dan memerlukan pembedahan. Melihat gambar bayi itu, tanpa dapat ditahan2 mengalir air mata. Mereka yang ada anak pasti memahami perasaan saya ni;
Lebih mengharukan, pasangan ini sebenarnya sudah lama berkhawin tetapi belum ada rezeki, sebab itu mereka ambil anak angkat. Tidak disangka pula anak itu diuji dengan penyakit yang berat sampai perlu nak kena bedah-bedah.
Kawan-kawan diluar sana, hargailah anak-anak kita selagi mereka masih ada, hargai juga mak ayah kita selagi diorang masih ada. Aaah entri ni betul2 khas untuk meredakan kesedihan dihati.

Blogger-Blogger Popular





Entri ini sebenarnya sesuai dijadikan galakan buat diri sendiri,blogger-blogger baru dan mereka yang baru mengenal dunia internet. Ye lah kan, tak semua orang bernasib baik dan mempunyai peluang untuk menerokai dunia internet dalam usia muda.
Saya sendiri sebagai contoh paling tepat,. Ketika semua orang hampir bosan dengan myspace saya masih belum mengenalinya lagi. Semakin ramai orang meninggalkan Tagged saya masih belum mengenalinya juga. Twitter semakin ketinggalan saya belumpun ada satu akaun twitter. Nasib sentiasa berubah, tatkala facebook di puncak popularity, saya salah seorang penggunanya yang banyak memanfaatkan page ini. Bukan untuk berniaga atau apa-apa urusan yang boleh mendatangkan keuntungan. Tapi cukuplah sekadar penghubung dengan ahli keluarga yang jauh dan kawan-kawan yang pernah rapat ketika sama-sama belajar dulu.
Panjang pula mukadimahkan,hehe. Itu sebenarnya untuk meyakin anda para pembaca, lambat tidak semestinya korang akan terus ketinggalan. Tapi setiap peluang itu akan datang, anda cuma perlu berusaha. Sebagaimana saya berusaha menerokai internet ini tanpa ada sesiapa yang mengajarnya. Ingat apa yang penting, asalkan korang ada masa, ada rasa ingin tahu,ada usaha semuanya pasti boleh diperolehi.
Berbalik kepada blogger-blogger yang popular ini, ini adalah senarai blog yang popular Social Media Awards dan telah diberi pengiktarafan. Korang boleh je rujuk link

Yay, Saya Ada Blog




Tajuk di atas memang betul. Ini post pertama di Blog Rumah Berkunci. Yeah. Sepanjang hari ini berkerut otak (?) membaca tulisan seorang blogger yang menjadikan blogging sebagai kerjaya utama. Dari panduan kecil sampai terbuka hati untuk mencipta satu blog baru di  wordpress.
Ini bukanlah blog pertama saya sebenarnya, tapi blog yang ada sebelum ini lebih kepada catatan harian perkara yang penting dalam hidup.
​Mana ada lagi orang guna diari sekarang
kan?​ hehe. Perasaan ni rasa selamat semacam menulis rahsia2 dalam internet. 'Tak takut ke nanti kena hack? Habis satu dunia tahu nanti', ​emm orang kampung yang tak ada apa-apa ni ada orang ke nak susah payah hack blog tu? Orang belakang tirai lutsinar ni mana lah ada orang nak perasan sangat kan.
Blog yang lain pula ada blog tertutup untuk perbincangan ahli tertentu saja, jadi Ya, Ini memang BLOG PERTAMA  saya yang boleh dibaca sesiapa pun.


Masa ini sebenarnya masih belum ada fokus utama saya untuk blog ini. Jadi kenapa saya tetiba terasa nak buka blog,? Takkan kerana orang lain ada belog engkau pun nak ada juga? Sudah tentu tidak,kalau tak dah lama saya openkan blog aka diari maya saya untuk semua. Yang penting ada blogkan, tapi bukan sebab itu. Kenapa saya masih setia guna blogspot.? kenapa tak guna domain sendiri je (.com) wah..Tunggu, saya yakin saya pasti akan ada domain sendiri juga nanti. Baru delete  xxx.wordpress.com. Sebenarnya wordpress.com pun seronok juga, tapi saya beralih juga kepada blogspot.
Nanti saya kongsikan link blogger yang tulisannya mampu memberikan inspirasi kepada ramai manusia belakang tirai seperti saya sehingga terhasilnya blog percuma ini. Penulis ini bagi saya mukanya memang tidak dikenali, tapi tulisannya pasti dah ramai orang baca. Siap kena plagiat lagi. Tidak seperti blogger-blogger popular lain yang kita boleh lihat banyak posing hebat,kalau boleh seluruh keluarga dia pasti masuk sekali interframe. Tapi saya tidak ada masalah dengan blogger yang begitu, dah blog mereka suka hati dialah nak letak apa kan,.
Ibarat kita beli sebuah rumah baru, tetiba jiran pula yang over nak make over rumah kita tu. Dah rumah kita, suka hati kita lah nak renovate tang mana pun kan. Begitulah perumpamaannya, hehe.
Post pertama tak boleh melencong sangat entri dalam ni, nanti lain pula jadinya. Ok nanti saya sambung lagi. Kepada mereka-mereka yang juga pertama kali menulis blog sendiri, horeyy, kepada mereka yang belum ada blog tapi mempunyai niat dan masa lapang, ayuh jangan tangguh lagi, dan buat senior blog yang sudah popular tahniah. Korang juga pernah berada di tempat kami, tapi kami je belum sampai tempat korang sekarang. Soon..


 Apapun sekarang saya di Blogspot.Yayy..