Sunday, July 22, 2012

Selamat Berpuasa



Hari ini hari kedua kita berpuasa. Selamat berpuasa kepada semua umat islam, semoga ramdhan 2012 membawa lebih banyak kebaikan kepada kita semua. Jangan lupa bersahur supaya kita masih ada tenaga sementara menunggu tibanya masa berbuka nanti.


Puasa2 pun kita kan kena kerja, jadi untuk mengelakkan badan tak bertenaga satu petua yang paling berkesan ialah jangan lupa bersahur.!






Ha, ni lagi satu., Korang perasan tak, setiap kali perayaan besar seperti hari raya puasa ini, sebelum bulan ramadhan lagi dah banyak promosi-promosi pelbagai jenis yang boleh kita lihat. Promosi beli kereta baru,promosi menambahkan bebanan pinjaman peribadi,promosi segala promosi,heheh. Tapi jangan lupa, Sambutan Raya sekejap je. Jangan kerana raya yang meriah tak sampai sebulan tu,kita menanggung akibat hutang yang lama.Haa yang tu korang mesti bijak kan.

Apapun marilah kita bersederhana di bulan ramadhan ini sehingga lah ketika menyambut hari raya nanti. Sederhana tak semestinya tak meriah kan.. Tak meriah tak semestinya tak bahagiakan..haaa yang tu korang pilih sendiri..

No comments:

Post a Comment

Pandangan Bernas Anda