Tuesday, July 24, 2012

Dropshipper




Haa., Kali ini meh kita sambung lagi cerita yang berkaitan aktiviti beli-belahsecara online.hehehe. Tapi kita tengok dari pihak penjual pula. Kot2 ada antara korang yang tersangat ketagih mencuci mata sampai tak tau nak pilih yang mana satu, tapi budget pula lari sikit. Ataupun korang memang kaki bisnes, tengok sudut mana pun nampak bisnes. Tengok makanan dah fikir mesti untung kalau jual ni, tengok barang-barang yang berlambak dlaam pasaran online,'kenapa tidak korang join juga buat duit?'. kan kan.Geliga betul korang ni.

Sekarang ni, ramai yang suka menjadi peniaga separuh/sepenuh masa menggunakan konsep dropship. Kenapa dropship? eh apakah dropship itu? Meh kita bincang sama-sama k. Dropship ni satu teknik perniagaan terkini, jika korang nak jadi penjual, korang tak perlu pun simpan stok. Tak perlu beli stok,tak perlu kuar duit.Eh logik ke?

Ya memang betul. kecuali jika ada pembekal yang korang pilih mengenakan yuran penyertaan sebagai bukti yang korang ni serius untuk berniaga, bukan sesaje nak buang masa dia jawab soalan panjang dari korang. Bukan ke dia ada banyak kerja lain lagi yang perlu dia buat.

Jadi apa yang perlu korang buat? Korang mintalah keizinan untuk berniaga menggunakan label produk serta gambar dan detail2 produk yang perlu daripada pembekal korang itu, pastu korang pilihlah cara manapun untuk promosi sehingga korang berjaya mendapatkan pelanggan. Ini tidak seperti Francais tau.
Setelah korang berjaya meyakinkan pembeli, korang perlu memaklumkan kepada pembekal korang. Jika semuanya ok, barang yang dikehendaki pelanggan semuanya ada, maka korang mintalah bayaran daripada pembeli tersebut. Perniagaan online biasanya pembeli akan membayar dahulu sebelum mendapat barangan samada melalui pos atau pun berjumpa terus dengan anda. INGAT semasa menuntut jumlah harga daripada pembeli ini adalah bahagian yang paling penting dalam konsep dropship, kerana di sinilah sumber keuntungan korang. Korang perlu meletakkan harga yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh pembekal korang. Tapi jika tinggi sangat pembeli akan cari agen yang lain pula kan.

Pembungkusan dan penghantaran barang akan dilakukan oleh pembekal korang, kos pengeposan akan ditanggung oleh pembeli korang. Haa korang dah dapat untung,. Dalam perniagaan online ni, kejujuran korang sebagai penjual dan kepercayaan pembeli sangat penting. Kalau sekali berurusan dengan korang dah gagal, pembeli pasti tak nak berurusan dengan korang lagi, silap2 dijajanya nama korang di seluruh pelosok dunia internet yang korang ni penipu. Dan jangan lupa, penipu2 di internet dah ramai yang berada di bawah tahanan pihak polis. Kan tak best tu.. Nanti kita sambung pula apakah kelebihan dropship k. Panjang sangat dah entri ni. Kesian mata korang tu.

No comments:

Post a Comment

Pandangan Bernas Anda