Sunday, July 29, 2012

kembar Siam Muaimin Azli dan Muaiman Azli







Rasa nak juga sentuh kisah pembedahan kembar siam Muamin Azli dan Muaiman azli yang berjaya dilakukan oleh pakar bedah kita pada hari ini. Melihat mereka sahaja hati kita pasti tersentuh dan sebak mengucap syukur kerana mereka Berjaya dipisahkan dengan selamat.

Kembar ini Berjaya dipisahkan  pada 14 Julai 2012 yang lalu oleh 19 pakar bedah di HKL dibantu oleh 36 jururawat. Besar sungguh jasa yang mereka kepada pasangan ini kan.

Apa yang memilukan hati penulis dari sudut kecil rumah berkunci ini, salah seorang daripada mereka hanya akan memiliki 1 kaki sahaja memandangkan hanya tiga sahaja organ itu yang terbentuk ketika mereka dilahirkan. Ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya kan..

Pasangan kembar ini dilahirkan pada April 2011 di Hospital Sultanah Aminah (HAS), Johor Bharu. Mereka merupakan anak kedua daripada empat beradik. Difahamkan selepas dilahirkan pada 14 april, keesokannya mereka telah dihantar ke HKL untuk penjagaan rapi.

Sedikit info tentang kembar ini selain dilahirkan mempunyai tiga kaki, tulang pelvik mereka turut bercantum dan berkongsi pundi kencing. Mereka bagaimanapun tiada dubur dan hanya satu alat sulit.






Sinar Harian turut melaporkan sedikit luahan hati daripada kembar ini yang sangat gembira kerana pembedahan mereka yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan telah berjaya dan anak mereka selamat. Agak menyentuh perasaan apabila terbaca bahawa ada individu yang menyalahkan beliau atas kelahiran anak mereka sebagai kembar siam.. Semoga selepas ini si kembar ini dapat hidup dengan lebih sihat dan gembira. Kepada kedua ibu bapanya, percayalah setiap ketentuan itu pasti ada hikmahnya. Semoga mereka juga diberikan kesihatan yang berpanjangan agar dapat menjaga si kembar yang comel ini sshingga mereka dewasa kelak. Amin..



1 comment:

  1. Semoga si kecil sihat dan dipanjang usia..Amin

    ReplyDelete

Pandangan Bernas Anda