Tentang Rumah Berkunci

Sebenarnya tujuan utama dan paling penting saya mewujudkan blog ini adalah sebagai sumber bacaan saya 5 tahun dan ke atas di kemudian hari.

Saya pasti teruja mengimbas semula penulisan-penulisan saya di dalam blog ini, diharapkan setiap catatan saya ini dapat mengingatkan semula kepada saya siapa diri saya sebelumnya sekiranya saya terlupa,terlalai,teralpha,.hee, Biasalah manusia kan..Pasti sentiasa terlupa atas apa pun alasan.

Apa yang paling seronok sudah tentunya saya dapat berkongsi catatan ini buat insan-insan tersayang sekarang ataupun yang akan muncul nanti. Mana tau kan.   ( ^_^)., Dan paling hebat Korang pun ada!!

Kenapa saya menamakan blog ini Rumah Berkunci,.hemm panjang la pulak nak story detail2. Memula nak wujudkan blog ini saya lihat, saya analisis (weweitt) keadaan persekitaran saya sekarang ini, apa yang berubah, apa yang paling ketara perbezaannya berbanding dulu?

Ya!! Saya perlu mempunyai kekangan komitmen yang menghalang saya ke mana2. Walaupun bebas, kaki saya masih terikat sebenarnya. Tapi itu bukan halangan untuk saya menerokai dunia di luar pencapaian kehidupan saya. Sudah semestinya saya masih mampu berhubung,menghubungi,dihubungi dengan korang, mereka, dan sesiapa pun meskipun saya terkandas dalam Rumah Berkunci!!

No comments:

Post a Comment

Pandangan Bernas Anda