Wednesday, December 19, 2012

Kawan –Kawan Dalam Hidup Kita


Kalau korang sedang berangan2 untuk hidup sorang2, x bminat bkomunikasi dengan sesiapa, mahu berada di dunia sunyi tanpa suara post ini x sesuai untuk bahan bacaan.

Bagi yang tahu erti kawan mari kita sembang kawan2 dalm hidup kita. Kalau korang sedar kawan2 yang banyak ada sekarang ni bermula dari kitaran kita belajar sehingga bekerja. Tapi ada juga jiran yang akhirnya jadi kawan baik kita, tapi di kawasan perumahan yang rumahnya sentiasa bertutup sudah semestinya kawan dari sekolah dan alam kerja lagi ramai.


1 ) Kawan Sekolah Rendah.
 Kawan kita zaman kanak-kanak ni selalunya kawan2 yang akan kita terpahat lama dalam memori kita. Kenapa? Sebab kawan2 kita pada zaman ini banyak kisa suka dan kegembiraan yang kita kongsi sama2. Melainkan korang bergaul dengan pembuli, tapi biasanya aksi buli kawan2 zaman ini tidak banyak yang kita simpan sangat kerana kanak2 tidak menyimpan dendam. Oleh itu korang yang masih kanak2 kumpullah kawan yang ramai pada masa ini. Korang yang ada anak2 galakkan lah mereka bergaul ketika ini dengan dipantau.