Wednesday, December 19, 2012

Kawan –Kawan Dalam Hidup Kita


Kalau korang sedang berangan2 untuk hidup sorang2, x bminat bkomunikasi dengan sesiapa, mahu berada di dunia sunyi tanpa suara post ini x sesuai untuk bahan bacaan.

Bagi yang tahu erti kawan mari kita sembang kawan2 dalm hidup kita. Kalau korang sedar kawan2 yang banyak ada sekarang ni bermula dari kitaran kita belajar sehingga bekerja. Tapi ada juga jiran yang akhirnya jadi kawan baik kita, tapi di kawasan perumahan yang rumahnya sentiasa bertutup sudah semestinya kawan dari sekolah dan alam kerja lagi ramai.


1 ) Kawan Sekolah Rendah.
 Kawan kita zaman kanak-kanak ni selalunya kawan2 yang akan kita terpahat lama dalam memori kita. Kenapa? Sebab kawan2 kita pada zaman ini banyak kisa suka dan kegembiraan yang kita kongsi sama2. Melainkan korang bergaul dengan pembuli, tapi biasanya aksi buli kawan2 zaman ini tidak banyak yang kita simpan sangat kerana kanak2 tidak menyimpan dendam. Oleh itu korang yang masih kanak2 kumpullah kawan yang ramai pada masa ini. Korang yang ada anak2 galakkan lah mereka bergaul ketika ini dengan dipantau.




2) Kawan Sekolah Menengah.
Kalau korang ada bestfren masa ini, biasanya bestfren itu akan kekal apatah lagi selepas korang membawa haluan yang berbeza selepas SPM/STPM. Mungkin tidak semesra dulu tapi bahang tu masih ada. Kawan2 pada masa ini lah yang banyak mempengaruhi korang dalam banyak2 hal. Jadi pilih kawan biar betul. Kalau ada kawan yang korang jeles pada kelebihannya ketika ini jangan bimbang, selepas zaman sekolah menengah korang akan lihat banyak perubahan dalam diri korang dan mereka. Oleh itu jangan sia2kan masa remaja korang di sek men dengan perkara yang menyusahkan korang beberapa tahun akan datang. Contohnya :
“Eh Si Polan ke tu. Ala dah memang dia sejak sek menengah lagi dh buruk perangainya. Tengok apa dah jadi sekarang”

Pastikan mereka yang jumpa anda setelah dewasa akan berkata
“Eh Polan, apa khabar? Masih hebat engkau ye, sama macam dulu”

Atau paling tidak pun mereka berbisik
“Si Polan lah..Dulu dia selekeh je, sekarang dah vow. Nyesal tak ngorat”


3) Kawan Uni/ Kolej/ Poli/ Maktab
Haa kat part ni lah kawan2 yang akan selalu kita ingat selepas masa bekerja nanti. Time sedih kawan2 ni lh yang ada ketika inilah yang selalu kita ingin hubungi. Masa ni kalau korang salah pilih kawan, akibatnya akan korang tanggung lama. Masa ni korang dah nak masuk dewasa, dah macam2 korang boleh buat. Kawan2 yang korang pilih zaman ini banyak yang korang boleh kongsi bersama, suka, gembira. Masalah dgn bf/gf/duit tak ckup dan hal2 berkaitan peribadi yang seronok bila ada orang sudi kongsi dan dengar bersama.
Kalau korang salah lorong kawan boleh tolong tunjukkan, kalau korang sesat kawan boleh tolong lagi. Tapi kalau korang salah pilih kawan, haaa time sesat bersama kawan yang sesat tu nescaya korang makin jauh dari lampu2 kebenaran. Wah? Tapi korang yang dah lalui masa ni sudah tentu faham dan korang yang tengah laluinya xln pcaya kawan2 yang salah mampu menyebabkan korang sesat,. Korang masih yakin semua pilihan itu sebenarnya dari diri korang bukannya berdasarkan pengaruh kawan2 d1 sekeliling.

4) Kawan Sekerja
            Pada masa ni korang tak banyak sangat kumpul  kawan, dan adakalanya korang tak ada kawan langsung bergantung pada jenis pekerjaan. Kalau jadi pegawai hutan kena kaji keadaan hutan tu sorang2 susah jg kn.  Ini kerana dah banyak benda korang nak urus, kerja yang melambak + suami/isteri = keluarga untuk yang dah berkahwin. So biasanya kawan2 sekerja ni paling kurang korang sembang tentang kerja, tentang keluarga, aktiviti ringan yang boleh dikongsi, kongsi resipi2 sedap utk family korang dan perkara2 bermanfaat.
Walaupun  korang kerja kat tempat yag kurang sihat seperti kelab2 malah, kelab2 urut sudah tentu perbincangan korang masih bkisar tentang kerja. Siapa dapat tip paling banyak. Ya masih tentang kerja.

Jadi dalam hidup kita ni banyak fasa2 kehadiran dan kehilangan kawan. Walaubagaimanapun kalau korang hilg sorang kawan jangan terlalu berduka, masih panjang lagi urusan kita kat dunia yang sementara ini.

No comments:

Post a Comment

Pandangan Bernas Anda