Tuesday, April 30, 2013

Kerja Dari Rumah Pertama

Haaaa ini part yang paling best. Selepas anda mempromosikan resume dan proposal anda di laman web yang disediakan oleh Job Dari Rumah, majikan yang berminat akan menghubungi anda. Ini adalah tugasan pertama yang berjaya diterima oleh saya selang 2 hari selepas melengkapkan profile/resume dalam salah satu pakej web yang diberikan Job Dari Rumah. Majikan akan menghubungi anda melalui inboks' web tersebut ataupun email. Anda bolehlah menghantar sebarang soalan atau sekadar menghubungi mereka menggunakan medium yang sama. Apa yang tertera pada gambar di bawah adalah mesej yang saya terima daripada majikan pertama saya. Nama dan butir-butir yang dirahsiakan telah saya highlight kerana ia adalah peribadi. Maaf. Ia serupa dengan inboks biasa pada media sosial lain sebenarnya seperti FB dan yang bermacam2 lagi tu.




Saturday, April 27, 2013

Kerja Dari Rumah PART 3 ( Mula Membida )

Kerja Dari Rumah PART 1 ( Mendaftar Dengan JDR )

Kerja Dari Rumah PART 2 ( Pengesahan JDR)



Hari kedua selepas mendaftar di JDR, saya habiskan dengan meneliti setiap panduan yang disenaraikan oleh pihak JDR. berdasarkan pendapat peribadi saya sebenarnya pekerjaan dari rumah ini sudah lama bertapak di negara barat. Malah dalam setiap komuniti yang berinteraksi dan berhubung kait dalam setiap laman web yang disediakan oleh pihak JDR menunjukkan bahawa ia telah lama beroperasi meskipun masih kelihatan janggal dinegara kita. Sebab itu lah syarat asas untuk anda mengikuti program ini mestilah tahu asas Bahasa Pak cik - Pak cik Mat Salleh itu.

Masih kekok dan kacau bilau, namun selepas menghabiskan beberapa jam berharga dihujung minggu ini akhirnya saya berjaya membuat beberapa kesimpulan yang seharusnya anda sebagai bakal pekerja dari rumah lakukan terlebih dahulu agar lebih mudah perjalanan proses mencari kerja ini.

1) Sediakan Resume anda yang lengkap.
2) Tentukan fokus pada bidang kerja yang ingin anda sertai.
3) Pastikan kemahiran anda yang utama. Dah namapun bidang kerja online sudah Semestinya setiap kemahiran yang bersangkut paut dengan komputer adalah diperlukan. berikut beberapa contoh kemahiran yang diperlukan.






Friday, April 26, 2013

Kerja Dari Rumah PART 2 ( Pengesahan JDR)

Ini sambungan daripada Kerja Dari Rumah PART 1 selepas selesai buat pembayaran pada kira2 pukul 4pm tadi pihak JDR telah mengesahkan pembayaran saya pada pukul 9.30 pm. agak cepat sebenarnya kerana mereka menetapkan tempoh 1-3 hari bekerja bermula Isnin - Jumaat. Hari ini hari Jumaat, So ingatkan akan dapat pengesahan sekitar minggu depan. Apapun sangat gembira dapat hari ini, kerana esok hari sabtu boleh survey lama2 sikit.



Selepas dapat pengesahan, login ke laman web JDR tu rupanya banyak lagi bahan bacaan ada yang perlu difahami.






Selain daripada itu, JDR juga menyenaraikan laman web2 yang menawarkan kerja. Apapun saya akan update dari masa ke semasa. Kerana sekarang nak ceta banyak pun x ada info berguna pun x ertinya kan.  Next Kerja Dari Rumah PART 3

Kerja Dari Rumah PART 1 ( Mendaftar Dengan JDR )

Ramai yang tercari-cari pekerjaan sampingan walaupun sudah memiliki kerja tetap atas beberapa faktor tertentu ;
1) Menambah pendapatan
2) Mencari kepuasan
3) Masa lapang terlalu banyak
4) Ingin mencuba sesuatu yang baru.

Bagi saya semua perkara di atas adalah faktor kenapa saya mendaftar Job Dari Rumah pada hari ini. 1/3 daripada masa seharian saya luangkan depan komputer atas sebab yang perlbagai samada melakukan tugasan rasmi, menyiapkan tugasan dari pensyarah, mencari sumber berita dari sekeliling ataupun sekadar mencari keseronokan seperti  bermain game2 ringkas dan mencuci mata dengan pelbagai produk yang banyak di internet sekarang.

Sebelum daftar kat JDR ni saya terlebih dahulu membuat pelbagai survey untuk memastikan kesahihan program ini kerana pendaftaran JDR memerlukan kita untuk membayar RM50 sebagai kos pengurusan laman web JDR iaitu seperti khidmat pelanggan, pengiklanan, jualan dan teknikal.

Kerana ulasan drpd Doktor Aya, Cikgu, Blogger AnaSofiya, dan yang bebanyak2 lagi tu ( x larat nak masukkan ^_*) menguatkan lagi keinginan saya untuk mencuba JDR ni.