Saturday, April 27, 2013

Kerja Dari Rumah PART 3 ( Mula Membida )

Kerja Dari Rumah PART 1 ( Mendaftar Dengan JDR )

Kerja Dari Rumah PART 2 ( Pengesahan JDR)



Hari kedua selepas mendaftar di JDR, saya habiskan dengan meneliti setiap panduan yang disenaraikan oleh pihak JDR. berdasarkan pendapat peribadi saya sebenarnya pekerjaan dari rumah ini sudah lama bertapak di negara barat. Malah dalam setiap komuniti yang berinteraksi dan berhubung kait dalam setiap laman web yang disediakan oleh pihak JDR menunjukkan bahawa ia telah lama beroperasi meskipun masih kelihatan janggal dinegara kita. Sebab itu lah syarat asas untuk anda mengikuti program ini mestilah tahu asas Bahasa Pak cik - Pak cik Mat Salleh itu.

Masih kekok dan kacau bilau, namun selepas menghabiskan beberapa jam berharga dihujung minggu ini akhirnya saya berjaya membuat beberapa kesimpulan yang seharusnya anda sebagai bakal pekerja dari rumah lakukan terlebih dahulu agar lebih mudah perjalanan proses mencari kerja ini.

1) Sediakan Resume anda yang lengkap.
2) Tentukan fokus pada bidang kerja yang ingin anda sertai.
3) Pastikan kemahiran anda yang utama. Dah namapun bidang kerja online sudah Semestinya setiap kemahiran yang bersangkut paut dengan komputer adalah diperlukan. berikut beberapa contoh kemahiran yang diperlukan.










 Setiap laman penyedia pekerjaan ini mempunyai protokol keselamatan yang baik untuk memastikan hak sebagai majikan dan pekerja dilindungi. Terdapat sesetengah laman web yang ketat peraturannya untuk memastikan hanya majikan yang serius dan pekerja berpotensi sahaja yang kekal dalam laman web mereka.

Contohnya sebagai majikan, mereka perlu mendaftarkan diri sebagai penyedia pekerjaan yang memerlukan mereka membayar deposit selepas menyerahkan tugasan kepada individu yang dipilih mereka. Tetapi deposit itu tidak akan terus diserahkan kepada anda sebagai pekerja, sebaliknya disimpan oleh pengendali laman web tersebut.

Selepas tugasan yang dipohon selesai barulah mereka akan menyerahkan wang yang diberikan majikan sebaliknya jika tugasan tersebut gagal disiapkan pada tempoh yang ditetapkan deposit akan diserahkan semula kepada majikan tersebut. Menarik bukan.

Pekerja yang gagal itu pula akan dicatatkan rekodnya sebagai rujukan majikan yang akan datang. Jadi untuk memastikan anda sentiasa diupah oleh majikan yang sama atau mendapat peluang dari majikan yang lain anda perlulah menunjukkan reputasi yang baik kerana reputasi yang baik ini juga kan dicatat dalam Resume anda yang akan diakses oleh setiap majikan sebelum mengupah anda.


 Itu contoh bagaimana respon terhadap reputasi anda diberi.

Membida.

Anda perlu membida sebelum memohon setiap kerja. Membida disini tidak memerlukan anda mengeluarkan duit sebaliknya bergantung kepada tawaran yang mampu anda berikan.

Contohnya
En. A membida projek yang sama dari anda dengan jumlah gaji yang dipohon adalah RM250 dan target beliau menyiapkan tugasan yang diberi dalam 2 minggu.

Anda pula membuat bidaan dengan memohon gaji RM250 tetapi target mampu menyiapkan tugasan tersebut dalam seminggu.

Majikan akan memilih bidaan yang terbaik mengikut bajet dan keperluan mereka.



Akan Bersambung.






No comments:

Post a Comment

Pandangan Bernas Anda