Friday, May 3, 2013

Kita dan Politik.

Kisah Politik semasa negara kita menjadi trending popular carian di internet sejak sebelum pembubaran parlimen lagi, dan ia semakin mencanak naik tatkala kita semakin menghampiri tarikh proses pembuangan undi.

Saya bukanlah penulis blog politik, cuma sebagai pengguna internet kita pasti akan perasan cerita2 berkaitanpolitik sangathangat diperkatakan.  Belum tolak campur (?) segala fitnah dan provokasi yang begitu hebat melanda negara kita berbanding PRU yang sebelum ini.

Sehinggakan makcik pakcik yang duduk tersorok jauh dikampung pedalaman turut terkena tempiasnya. Apapun sebagai penghuni negara berdaulat ini saya sentiasa mendoakan keamanan negara kita berpanjangan dan siapapun pemerintahnya biarlah segala kebaikan itu tersalur melalui landasan yang benar kepada seluruh rakyat penghuni Bumi Malaysia.






Kalau perpaduan yang cuba disampaikan melalui gambar diatas pasti banyak kelebihan yang dapat dimiliki rakyat. Kalaupun berlainan pegangan akhirnya moga kebaikannya juga berbalik semula kepada rakyat.

Selamat mengundi PRU 13

No comments:

Post a Comment

Pandangan Bernas Anda