Friday, July 20, 2012

Panduan Membeli Barangan Secara Online




Topik ini saya buka berdasarkan minat saya terhadap barang-barang yang banyak terdapat di dalam talian. Tahukah kita membeli barang dalam talian atau secara online dapat member banyak penjimatan. Kenapa? Baiklah, saya senaraikan serba sedikit nanti korang tambah jika ada yang tertinggal.
1)Paling penting ni, sudah tentu minyak kereta
2) Duit tol ( huhu )
3) Masa ( ni boleh dikira darimula kita bersiap, perjalanan pergi, masuk keluar dari kedai-kedai ( tak jumpa2, kena jalanlah pula), lagi? perjalanan balik lah.
Apa lagi kelebihan membeli barang dalam talian ni? Korang tahu tak banyak barang yang dijual secra online lebih murah. Ya bukan semua, ada juga yang jual harga lebih tinggi, kebanyakannya adalah Droshipper . Kenapa lebih murah? Ini kerana mereka tidak perlu cover harga barang untuk membayar sewa kedai. Tapi korang kena pandai cari pembekal yang menjual secara terus, bukannya mereka yang bergelar dropshipper ini. Pembekal Barangan Murah. Mereka Cuma perlu sewa Domain je seperti Wordpress, malah ada yang free jika menjadikan blogspot atau facebook sebagai laman jualan utama.
Oleh itu korang kenalah cari pembekal barangan yang murah dengan cara rajin-rajinlah buat perbandingan dari setiap laman web yang berbeza. Dah dapat pembekal yang murah? Korang boleh pilih barangan yang hendak dibeli.
Langkah paling penting yang seterusnya korang kenalah buat pembayaran. Pembayaran ini korang boleh buat secara transfer ataupun pergi deposit kat mana-mana cawangan bank yang dipilih oleh penjual. Dah namanya nak senang, beli barang pun online, saya biasanya menggunakan kaedah transfer online juga.
Sebelum nak buat pembayaran korang kenalah memastikan bahawa laman web yang korang pilih tu betul wujud atau penjualnya jujur. Macam mana nak tahu penjual tu jujur? Muka pun x pernah jumpa.hee, biasanya saya akan lihat berdasarkan maklum balas pelanggan-pelanggan sebelumnya. Jika ramai yang buat feedback barang mereka dah sampai, baru saya akan buat transaksi.
Memang ada juga penjual yang jujur walaupun baru sejam set up laman web mereka, tapi setakat ini saya belum yakin berurusan dengan penjual yang belum ada pelanggan yang memberikan feedback tentang urusniaga dengan penjual tersebut.

Dah puas hati dengan rekod penjual tersebut? Tunggu,. Cuba korang cari no telefon mereka ada tak? Kalau tak ada, cuba cari lagi macam mana korang boleh berhubung dengan penjual tersebut. Ada email? Dah jumpa, korang boleh terus berhubung dengan mereka sama ada melalui email atau telefon. Jika maklum balas mereka memuaskan hati korang boleh lah buat transaksi pembayaran. Biasanya saya lebih yakin dengan penjual yang sudi menyediakan no telefon untuk dihubungi, tapi saya pernah juga berurusan dengan jayanya bersama beberapa penjual yang hanya menggunakan email dan laman web sebagai medium untuk berhubung,. Ye lah kalau penjual tersebut beroperasi dari luar negara tak berbaloi rasanya nak call untuk beli barang yang lebih murah berbanding barang kat sini seperti sehelai baju dengan harga Rm 20 sahaja.kannn.


Selepas dah buat pembayaran korang kenalah tunggu je abang posmen sampai depan pintu rumah. Jangan asyik tercongok depan rumah pula, menganiaya diri sendiri namanya.heee. Biasanya penjual akan charge harga pengeposan barang kepada pembeli, bab ni sebenarnya yang menyebabkan harga barang yang murah jadi mahal sikit. Contohnya korang nak beli baju, seorang penjual akan charge harga pos seperti berikut
1-5 helai baju Rm 7
6-10 helai baju Rm 10
Untuk menjimatkan lebih banyak duit korang belilah lebih daripada 1 helai,, kalau budget tak cukup korang boleh pilih untuk tunggu sampai cukup beli lebih daripada 1 helai, dah banyak penjimatan dari segi kos po barang.
Kenapa saya suka nak beli barang dalam talian. Selain daripada kemudahan2 diatas, bagi saya senang cari baranagan berdasarkan kehendak. Yelah kalau saya nak pen berkamera misalnya, saya Cuma perlu google untuk cari penjual pen berkamera dan survey harga dari rumah. Kalau saya nak cari diluar, terpaksalah saya keluar masuk kedai-kedai gadget untuk tanya ada jual pen berkamera tak. Letih ooo, belum nak survey kedai mana harga lebih murah. Tapi kalau korang dah tahu kedai mana jual pen berkamera yang lebih murah kenapa tidak terus pergi ke kedai tersebut kan. Dapat jima duit kos pos.hehe,
Baiklah, sampai sini dulu,.korang bolehlah kongsikan apa-apa laman web murah untuk kita terjah sama. Nak kongsi pengalaman beli barang ke. Nak kongsi laman web yang suka menipu ke..(^_^). Selamat bershopping dari rumah.



Read More

No comments:

Post a Comment

Pandangan Bernas Anda