Wednesday, July 18, 2012

Yay, Saya Ada Blog




Tajuk di atas memang betul. Ini post pertama di Blog Rumah Berkunci. Yeah. Sepanjang hari ini berkerut otak (?) membaca tulisan seorang blogger yang menjadikan blogging sebagai kerjaya utama. Dari panduan kecil sampai terbuka hati untuk mencipta satu blog baru di  wordpress.
Ini bukanlah blog pertama saya sebenarnya, tapi blog yang ada sebelum ini lebih kepada catatan harian perkara yang penting dalam hidup.
​Mana ada lagi orang guna diari sekarang
kan?​ hehe. Perasaan ni rasa selamat semacam menulis rahsia2 dalam internet. 'Tak takut ke nanti kena hack? Habis satu dunia tahu nanti', ​emm orang kampung yang tak ada apa-apa ni ada orang ke nak susah payah hack blog tu? Orang belakang tirai lutsinar ni mana lah ada orang nak perasan sangat kan.
Blog yang lain pula ada blog tertutup untuk perbincangan ahli tertentu saja, jadi Ya, Ini memang BLOG PERTAMA  saya yang boleh dibaca sesiapa pun.


Masa ini sebenarnya masih belum ada fokus utama saya untuk blog ini. Jadi kenapa saya tetiba terasa nak buka blog,? Takkan kerana orang lain ada belog engkau pun nak ada juga? Sudah tentu tidak,kalau tak dah lama saya openkan blog aka diari maya saya untuk semua. Yang penting ada blogkan, tapi bukan sebab itu. Kenapa saya masih setia guna blogspot.? kenapa tak guna domain sendiri je (.com) wah..Tunggu, saya yakin saya pasti akan ada domain sendiri juga nanti. Baru delete  xxx.wordpress.com. Sebenarnya wordpress.com pun seronok juga, tapi saya beralih juga kepada blogspot.
Nanti saya kongsikan link blogger yang tulisannya mampu memberikan inspirasi kepada ramai manusia belakang tirai seperti saya sehingga terhasilnya blog percuma ini. Penulis ini bagi saya mukanya memang tidak dikenali, tapi tulisannya pasti dah ramai orang baca. Siap kena plagiat lagi. Tidak seperti blogger-blogger popular lain yang kita boleh lihat banyak posing hebat,kalau boleh seluruh keluarga dia pasti masuk sekali interframe. Tapi saya tidak ada masalah dengan blogger yang begitu, dah blog mereka suka hati dialah nak letak apa kan,.
Ibarat kita beli sebuah rumah baru, tetiba jiran pula yang over nak make over rumah kita tu. Dah rumah kita, suka hati kita lah nak renovate tang mana pun kan. Begitulah perumpamaannya, hehe.
Post pertama tak boleh melencong sangat entri dalam ni, nanti lain pula jadinya. Ok nanti saya sambung lagi. Kepada mereka-mereka yang juga pertama kali menulis blog sendiri, horeyy, kepada mereka yang belum ada blog tapi mempunyai niat dan masa lapang, ayuh jangan tangguh lagi, dan buat senior blog yang sudah popular tahniah. Korang juga pernah berada di tempat kami, tapi kami je belum sampai tempat korang sekarang. Soon..


 Apapun sekarang saya di Blogspot.Yayy..

No comments:

Post a Comment

Pandangan Bernas Anda