Sunday, August 5, 2012

Restoran Melayu Islam VS Kedai Mamak Muslim


                                                         Gambar Sekadar Hiasan

Sempena bulan puasa ni,. Korang puasa tak? Hee. Mestilah puasakan,. Lagipun korang semua pun dah dewasa dan dah tahu maknanya puasa bagi kita orang muslim. Selamat berpuasa.

Eh apsal pulak nak ucap selamat berpuasa ditengah2 bulan ramadhan ni? Ala.. boleh je kan,. Tapi bukan itu sebenarnya yang kita nak bincang hari ni. Korang perasan tak sempena bulan puasa ni, semua kedai makan melayu ( kecuali yang ingkar) akan ditutup sehinggalah selepas waktu asar.

Tapi ada... Kedai makan Mamak yang mengaku muslim pula sentiasa dibuka lagi2 kedai yang menyediakan waktu perniagaan 24 jam?Bukan semua, tapi rata-ratanya.

Hasil mengintai hari tu dari atas rumah yang berkunci ni, ternampaklah kelibat dua orang melayu yang sedang khusyuk memilih makanan untuk dibungkus. Salah seorang masih takut agaknya, dia masuk kat kedai makan mamak tu masih dengan memakai topi kaledarnya. Tapi yang seorang tu betul2 yakin dan berjiwa keras selamba je tanpa ada sebarang perlindungan a.k.a penyamaran ketika membeli makanan di siang hari pada waktu bulan puasa ini. Kalau mereka perempuan, mungkin kita masih boleh fikir positif, tapi ini lelaki yang sudah cukup umur dan sempurna tubuh badannya.

Apa-apapun tak beranilah nak judge orang tu, maybe dia ada sebab yang hanya dia dan Allah SWT sahaja yang mengetahuiya.

No comments:

Post a Comment

Pandangan Bernas Anda